Nona Superwoman - SEENI Podcast [BM]
Nona Superwoman Award kembali untuk 2022! Nona Superwoman Award mengiktiraf para wanita yang berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2022. Mari dengarkan temuduga ekslusif bersama penerima anugerah bersama hos anda Kiffy Razak dalam Nona Lifestyle : Superwoman Edition! Dibawakan oleh Majalah Nona, Realiti Impian Wanita! Nona Lifestyle : Superwomen Edition merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Youtube Majalah Nona : https://www.youtube.com/@nonamyofficial
Episodes

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Naluri keibuan menebal terhadap kanak-kanak kurang bernasib baik membuatkan pengasas Yayasan Chow Kit ini ambil 6 anak angkat daripada pertubuhan amalnya. Walau ada PhD, Dato’ Dr Hartini selesa bergelar aktivis kanak-kanak dan sertai bidang kebajikan demi membela nasib anak kecil berkenaan meskipun berdepan ugutan serta cabaran tiap hari.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Kredibiliti Dzuleira Abu Bakar cukup mengagumkan. Awal kerjaya ketika usia 24 tahun dia dah ‘terbang’ ke Amerika Syarikat dan bertemu usahawan teknologi, Elon Musk. Kini, dia menerajui Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di samping berperanan membangunkan bidang sains dan teknologi negara ke tahap global!
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Mengharungi kehidupan sebagai seorang anak seni yang juga manusia biasa, kehidupan Ziana Zain juga tidak lekang dari diduga. Sebagai seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan empat orang cahaya mata, betapa cekal dan tabahnya penyanyi legenda ini. Ketika diajukan bagaimana beliau ingin dikenang andai satu masa nanti dirinya tiada lagi di dalam industri, ini jawapannya.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Bergelar seorang doktor dan influencer telah membawa perubahan besar dalam kehidupan figura media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan. Dek penangan populariti yang mencanak beliau sendiri pernah alami depresi dan burnout. Kenali secara dekat siapa sebenarnya Dr Malar yang merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras Kuala Lumpur. Nantikan kemuncak Nona Superwoman Award 2022!
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Diuji alami kemalangan ngeri hingga pernah lumpuh setahun, perjuangan Datuk Faridah Hanim Haron cetus inspirasi. Bangkit dari kesulitan, bakat Ibu Hanim diangkat syarikat ternama seperti PETRONAS dan kini sukses sebagai Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan. Nantikan detik kemuncak Nona Superwoman Award 2022! Solekan: Ann Karim Tajaan Lokasi: Sheraton Petaling Jaya Hotel
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
Sekitar awal tahun lalu Datuk Mun Yee secara rasminya mengumumkan persaraannya dalam sukan berprestij itu dan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhirnya. Mengakui sukar membuat keputusan tersebut, namun dirinya akur dengan takdir dan percaya pada perancangan Tuhan untuknya.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Friday Jul 07, 2023
Friday Jul 07, 2023
42 tahun berumah tangga, baru tahu rupa-rupanya Dato' Seri Dr Wan Azizah jarang ambil peduli tugas-tugas Dato' Seri Anwar Ibrahim kecuali kalau perlu. Memang penyayang dan profesional sungguh bekas doktor hebat yang juga isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ni, paling layak diangkat Nona Superwoman 2022!
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Nona: @nonamyofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!